JTPAADK BIL. 6/2022 ketengah prestasi projek, perbelanjaan

Oleh: Rashdan Zakaria

SUNGAI PETANI, 25 Ogos 2022 – Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Agensi Antidadah Kebangsaan Bilangan 6/2022 (JTPAADK) yang dipengerusikan Ketua Pengarah, Tuan Sutekno Ahmad Belon pada Khamis mengetengahkan aspek prestasi dan perbelanjaan bagi peruntukan pembangunan agensi.

Selain itu, mesyuarat itu juga mengangkat beberapa perkara penting lain termasuk membincangkan status projek fizikal dan bukan fizikal dibawah perbelanjaan pembangunan AADK secara keseluruhan melibatkan ibu pejabat dan pusat tanggungjawab (PTj).

tuan sutekno PLAK
Tuan Sutekno (kanan) mempengerusikan Mesyuarat JTPAADK Bilangan 6/2022 yang mengetengahkan aspek prestasi dan perbelanjaan bagi peruntukan pembangunan agensi. Turut serta ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Chan Hong Jin dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin.

Tuan Sutekno berkata, AADK Ibu Pejabat sentiasa mengambil perhatian di atas keperluan peruntukan bagi melaksanakan pembaikan yang melibatkan kerosakan serius di setiap PTJ terutama yang melibatkan aspek keselamatan.

Justeru, beliau berharap semua pihak dapat meningkatkan usaha, memberikan kerjasama yang baik serta melaksanakan projek dalam tempoh yang ditetapkan bagi menunjukkan komitmen AADK dalam melaksanakan projek dan seterusnya memudahkan kelulusan peruntukan tambahan diberikan kepada AADK pada masa hadapan.

โ€œDiharap agar sesi mesyuarat yang diadakan di Pusat Latihan AADK (PLAK) dimanfaatkan sebaiknya untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan projek dan mencari kaedah penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak bagi melancarkan pelaksanaan projek,โ€ katanya.

Accessibility Toolbar