Oleh: FELYNORA BINTI JOSEPH NA (AADK SARAWAK)
DARO, 30 Ogos: Baharu-baharu ini PEMADAM Daerah Daro telah berjaya menganjurkan Seminar Keibubapaan 2016 pada 30 Ogos 2016 bertempat di Dewan KEMAS Daro. AADK Daerah Mukah telah dijemput untuk menyampaikan taklimat kepada audiens yang terdiri daripada ahli Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) melibatkan sejumlah 7 buah sekolah di sekitar daerah berkenaan. Selari dengan Kempen Perangi Dadah Habis-habisan, mesej kepada para ibubapa agar sentiasa prihatin dan mengawasi perkembangan anak-anak diterapkan. Institusi kekeluargaan perlu dimantapkan dengan teras pendidikan agama di kalangan anak-anak sejak dari kecil. Program turut diselitkan perkongsian istimewa daripada bekas pengguna dadah yang merupakan OKP AADK Daerah Mukah. Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Encik Safiee Bin Haji Ahmad, ADUN N43 Daro yang serterusnya menyempurnakan majlis perasmian penutupan program.