JKPD MEMBANTU KEARAH KEPULIHAN | Edisi 25 Mac 2022

Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang diwujudkan bagi membantu komuniti serta bekas penagih untuk saling memahami dan membantu kepulihan berterusan.

Matlamat JKPD adalah sebagai penggalak membantu program pemulihan di kalangan bekas penagih atau mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Selain mereka juga merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti bagi bekas penagih , membantu pegawai AADK daerah untuk memberikan bimbingan serta membantu golongan ini mendapatkan peluang pekerjaan.

Rumah Tombok Ati Sakinah ( RTAS ) ditubuhkan sebagai tempat untuk memberikan rawatan kepada klien secara islamiah kerjasama daripada Darus Assyifaโ€™. Selain itu RTAS berkonsepkan rawatan secara berkemahiran. Di mana klien diberikan kemahiran sehingga dapat memberikan khidmat bersama komuniti serta dapat menjana pendapatan sendiri melalui kemahiran.

Ikuti perkongsian lanjut bersama Pengerusi JKPD Daerah Batu Pahat menerusi segmen Hi AADK.

Accessibility Toolbar