Jerayawara: Ibu Pejabat buka tirai aktiviti jelajah seluruh negara

Oleh: Amir Zahien Amran

SEPANG, 19 Februari 2023 – Ibu pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) membuka tirai bagi aktiviti Jerayawara sempena Peringatan Hari Antidadah 2023 di Pantai Morib, di sini pada Ahad.

Aktiviti jelajah itu dilaksanakan di seluruh negara bertujuan menyebarluas tema Peringatan Hari Antidadah 2023 iaitu Lebih Baik Cegah dengan mesej Pencegahan Bermula di Rumah.

Pelbagai pengisian dilaksanakan AADK melalui aktiviti jelajah itu antaranya Walkabout, permainan interaktif, pertandingan mewarna dan melukis, pameran antidadah dan keluarga berkelah.

ย Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datoโ€™ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin hadir bagi memeriahkan aktiviti tersebut.

Sempena dengan Jerayawara itu, pengisian aktiviti walkabout dijalankan secara serentak bersama 14 negeri menerusi lintas langsung dalam aplikasi facebook rasmi AADK.

Pada masa sama, Datoโ€™ Dr Muhamad Sade turut meluangkan masa bersama pengunjung yang rata-ratanya adalah dalam kalangan keluarga yang beriadah di sekitar pantai berkenaan.

Program tersebut dilaksanakan sebagai pemakluman dan peringatan kepada orang ramai tentang Hari Antidadah yang disambut bermula 19 Februari setiap tahun sempena pengisytiharan dadah sebagai Musuh Nombor 1 Negara.

Accessibility Toolbar