Penyelidikan ini bertujuan untuk melonjakkan penjanaan teori, konsep dan idea baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru yang menerobos sempadan ilmu dan penciptaan inovatif.
Pembiayaan penyelidikan ini merupakan inisiatif AADK dalam meneruskan usaha untuk mempertingkatkan keupayaan kerajaan membanteras gejala dadah berlandaskan kepada Komitmen Utama Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya dalam memerangi penyalahgunaan dadah, mempertingkatkan keberkesanan program membanteras dadah di Malaysia.
Geran ini juga bertujuan menggalakkan penglibatan penyelidik-penyelidik profesional meliputi pensyarah Universiti Awam dan swasta dan pihak perunding.