Disediakan oleh : Mohamed Bin Tumi, AADK DAERAH SIBU SIBU JAYA,
SIBU 2 SEPTEMBER – AADK Daerah Sibu telah menyertai Program Jom Ronda Skim Rondaan Sukarela versi 4.0 Peringkat Daerah Sibu anjuran Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Bahagian Sibu bertujuan mewujudkan hubungan “Smart Partnership” dan “Strategic Partnership” antara pihak AADK dengan pelbagai pihak selaras dengan “National Blue Ocean Strategy” (NBOS). Secara langsung, skim rondaan ini mewujudkan “omnipresense” pihak yang berkenaan di Sibu Jaya dan dalam masa sama, usaha ini diharap membantu pihak berkuasa membanteras permasalahan dadah secara holistik.