JAKIM, AADK sedia amali ibadah korban kepada klien dalam institusi

Oleh: Ct Ashlida Mat Razali

KUCHING, 12 Julai 2022 – Program Safari Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 2022 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan penerapan nilai-nilai Islam sebagai panduan hidup agar lebih bersemangat untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, perkara itu dilaksanakan menerusi pendekatan amali ibadah korban sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha yang diraikan umat Islam seluruh dunia.

Katanya, program itu juga dilihat mampu memupuk semangat jati diri dalam kehidupan klien untuk meneruskan kehidupan seharian dengan membina modal insan yang mampu menyumbang untuk negara daripada sudut penghayatan Islam.

โ€œProgram Safari Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 2022 Anjuran JAKIM Sarawak Bersama PUSPEN Kuching ini merupakan sebahagian daripada program yang dirancang bersempena dengan Aspirasi Keluarga Malaysia pada tahun ini.

โ€œAntara objektifnya adalah untuk memberi sokongan moral dan spiritual kepada klien yang sedang melalui proses pemulihan agar mereka tidak kembali terjebak dalam pengambilan bahan-bahan terlarang ini setelah selesai menjalani rawatan dan pemulihan serta meningkatkan kesedaran dan menyebarluaskan maklumat berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah serta kesedaran awam dalam rawatan dan pemulihan dadah dalam komuniti serta institusi,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program berkenaan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching, di Puncak Borneo di sini pada Selasa.

Hadir sama menjayakan program itu ialah Pengarah JAKIM Sarawak, Hamdan Jar’ee; Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan; Pengarah AADK Negeri Sarawak, Iskandar Turkee dan Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching, Yuliani Yahya.

Dalam pada itu, Sutekno berkata, AADK sentiasa bersiap sedia dalam usaha menangani isu dan masalah penyalahgunaan dadah.

Namun demikian, ujar beliau, kerjasama daripada semua pihak terutamanya komuniti amat diharapkan kerana isu boleh memberi implikasi kepada keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan negara.

โ€œJika isu ini tidak diuruskan dengan baik, permasalahan ini akan menjadi semakin serius dalam masyarakat.

โ€œSehubungan itu, program ini diharap dapat mencapai objektif dalam memupuk semangat cintakan ilmu agama agar kekuatan jiwa dan rohani dapat mengawal nafsu dari melakukan perkara-perkara yang melanggar syariat agama,โ€ jelasnya.

Accessibility Toolbar