
19 Julai 2018: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menganjurkan program Breakfast Talk di Ibu Pejabat AADK hari ini bagi berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai isu-isu berkaitan usaha meningkatkan tadbir urus baik dari perspektif integriti.
Program ini diadakan bagi memberi pendedahan lebih menyeluruh kepada warga AADK berkenaan budaya dan nilai-nilai integriti, selain memberi kesedaran mengenai tanggungjawab besar yang dipikul selaku penjawat awam yang mendokong amanah rakyat dan negara.
Kupasan topik perbincangan adalah “Hidup Penuh Erti Tanpa Rasuah dan Dadah: Perspektif Integriti”. Pembicara terdiri daripada YBhg. Dato’ Dr Abd Halim Mohd Hussin, Ketua Pengarah AADK; YBhg Dato’ Prof Dr Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan YBhg Datuk Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penganjuran Program Breakfast Talk INTEGRITI adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pemupukan pembudayaan nilai-nilai integriti dalam perkhidmatan awam yang memberi fokus kepada pelbagai isu integriti dalam negara.