Inovasi pacu kecemerlangan agensi

Oleh: Nabil Aziz

KAJANG, 21 Oktober 2022 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) senantiasa menggalakkan warga kerjanya berfikiran secara kreatif dan inovatif bagi memacu AADK ke peringkat lebih tinggi.

Bagi merealisasikan impian itu, AADK menganjurkan Konvensyen Inovasi dan Hari Kecemerlangan AADK 2022 di Ibu Pejabat AADK, Kajang, Selangor pada Jumaat.

Konvensyen yang berlangsung selama tiga hari bermula Rabu bertujuan melahirkan warga AADK untuk berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menghasilkan inovasi, memperkenalkan sistem dan cara kerja baharu serta menjana kecemerlangan organisasi melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan nilai serta memupuk kerjasama dalam kalangan warga AADK dan mengeratkan perhubungan antara kakitangan dan pengurusan.

Pertandingan projek inovasi melibatkan 19 kumpulan dan AADK Negeri Pulau Pinang menerusi Kumpulan Supreme dinobatkan sebagai juara manakala AADK Negeri Selangor dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Muar pula dipilih sebagai AADK Negeri dan PUSPEN paling cemerlang.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon turut mengingatkan warga kerja AADK agar melihat medium berkenaan sebagai pusat kecemerlangan diri sebaliknya, dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan.

Melalui dasar kerajaan โ€˜Wawasan Kemakmuran Bersama 2030โ€™ warga kerja AADK disaran mengoptimumkan penggunaan teknologi agar perkhidmatan dapat disampaikan dengan lebih cepat, efisien dan relevan.

Terdahulu Tuan Sutekno merasmikan Konvensyen tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Puan Chan Hong Jin dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datoโ€™ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin.

Accessibility Toolbar