IMBANGI ANTARA KERJAYA DAN ANAK-ANAK | Edisi 21 Mac 2022

Mengurus kerjaya dan rumahtangga bukan mudah untuk ibu bapa tetapi kemahiran itu boleh dipelajari melalui panduan dan tip yang boleh diperolehi dipelbagai platform. Menjadi ibu bapa yang bekerja sepenuh masa dan kehidupan berkeluarga adalah cabaran yang memerlukan seseorang itu mengetahui cara terbaik dan bijak menguruskan tekanan dan dalam masa sama memastikan anak-anak tidak terlibat dengan aktiviti berisiko seperti penyalahgunaan dadah.

Segmen Ask MrAADK bersama En. Muhafizar Afendi bin Mat Isa, Ketua Pegawai AADK Daerah Klang bagi menjawab persoalan yang sering ditanyakan oleh ibu bapa di dalam program Family On Alert (FOA) iaitu; Realitinya kami ibu bapa sayang anak-anak. Tapi kesibukan mencari nafkah menyebabkan anak-anak terpaksa memahami kami dan berdikari. Bagaimana kita nak imbanginya supaya anak tidak terlibat dengan dadah? Sebagai ibu bapa semestinya kita perlu memahami sifat anak-anak, kemahiran dalam berbagai kerja, menjadi ayah dan ibu, keibubapaan kreatif dan juga pandai untuk mengurus tekanan.

Jom kita sama-sama mengambil langkah awal sekiranya anda atau orang yang anda kenali menunjukkan perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar