HI AADK | Edisi 3 Januari 2022

Pusat Khidmat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Teluk Bahang yang berpangkalan kira-kira 20 kilometer dari Pekan Balik Pulau, Pulau Pinang menawarkan khidmat nasihat berkaitan permasalahan dadah.

Pusat Khidmat AADK tersebut merupakan fasiliti buat kelompok yang menghadapi permasalahan dadah dalam komuniti mengikuti program rawatan dan pemulihan secara sukarela.

Selain menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada kumpulan sasar melalui Program Psikososial dalam komuniti, Pusat Khidmat AADK turut membantu proses kepulihan klien agar berfungsi semula sebagai individu produktif dalam masyarakat.

Pada masa sama, menggalakkan lebih ramai individu yang mempunyai permasalahan dadah dan substan hadir mendapatkan perkhidmatan pemulihan secara sukarela.

Ikuti perkongsian lanjut mengenai Pusat Khidmat AADK Teluk Bahang bersama AADK Daerah Barat Daya menerusi segmen Hi AADK pada minggu ini.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar