HI AADK | Edisi 26 November 2021

Pada tahun ini Mukim Mersing antara fokus utama dalam Program Penghijauan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) di daerah Mersing, Johor bagi menurunkan kadar penagihan dadah.

Justeru, dalam usaha mencapai matlamat tersebut pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Mersing telah merancang sebanyak 130 program dan aktiviti bermula pada bulan September lalu.

Sebanyak lima strategi utama dilaksanakan bagi program penghijauan tersebut antaranya mencegah penagih baharu, mengekalkan kadar kepulihan dan meningkatkan pengesanan penagih dadah.

Ikuti perkongsian lanjut bersama AADK Daerah Mersing menerusi segmen Hi AADK pada minggu ini.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar