Oleh: Rashdan Zakaria
KAJANG, 21 Julai 2022 – Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengadakan Hari Bertemu Pelanggan sempena sambutan bulan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Tahun 2022.
Aktiviti diadakan selama dua hari berturut-turut bermula Khamis itu dihadiri oleh warga agensi setiap bahagian mengikut sesi ditetapkan di Ibu Pejabat AADK, Kajang, Selangor.
Selain menyemak buku perkhidmatan, kakitangan AADK juga berpeluang melakukan semakan data integriti dalam HRMIS termasuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan pihak urusetia.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Chan Hong Jin serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin turut menghadiri Hari Bertemu Pelanggan AADK.



