HADK 2022 Negeri Johor: SKUAD Antidadah ejen perubahan dalam komuniti

Oleh: Cik Ct Ashlida Che Mat Razali

PASIR GUDANG, 18 Jun 2022 – Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) 2022 peringkat Negeri Johor berlangsung meriah di Dewan Serbaguna Taman Cendana di sini baru-baru ini.

Acara tersebut dirasmikan oleh DUN Kemelah, YB Saraswati Nallathamby (mewakili YB EXCO Kesihatan dan Perpaduan).

Dalam ucapan perasmian HADK 2022 peringkat Negeri Johor, beliau menyeru komuniti terus memberikan komitmen dan tanggungjawab membantu kumpulan klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) agar kekal pulih sepanjang hayat dan menjalankan aktiviti sihat.

Selain itu, beliau berharap para pengunjung yang hadir pada acara berkenaan menyumbang dalam aktiviti sukarelawan di bawah SKUAD Antidadah yang bertindak sebagai ejen perubahan dalam komuniti.

Inisiatif itu secara tidak langsung membantu memerangi permasalahan dadah, sekali gus mencegah penagihan semula dalam komuniti.

Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran daripada agensi, jabatan kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), senam robik, pendaftaran ahli SKUAD Antidadah dan pemeriksaan kesihatan serta variasi pertandingan seperti mewarna, gubahan bunga dan pakaian beragam.

Turut hadir menjayakan ialah Pengarah AADK Negeri Johor, Azli Ubin, Pengerusi Rumah Komuniti Taman Cendana dan wakil-wakil daripada agensi dan jabatan.

Terdahulu, AADK Negeri Johor melaksanakan Walkabout, Outreach, Omnipresence di sekitar Taman Cendana, Pasir Gudang.

Aktiviti berkenaan sebagai tanda sokongan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan AADK melalui modul i-Cegah AADK, i-Pulih AADK dan i-Prihatin AADK.

Accessibility Toolbar