Oleh: Fauzi Suhaimi
KAJANG, 1 Julai 2022 – Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyemarakkan Program Jom Hijau dengan melaksanakan aktiviti Pokok Kita Kehidupan Kita.
Aktiviti diadakan secara gotong-royong melibatkan warga kerja AADK bagi menerapkan amalan hijau dengan aktiviti pertanian di sekitar ibu pejabat di sini.
Menerusi program tersebut semua warga agensi diberi tanggungjawab bersama-sama menjaga pokok-pokok yang ditanam dan dijadikan sebagai anak angkat.
Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:
i) Memastikan pokok dijaga, disiram air dan dibaja mengikut keperluan;
ii) Memotong dan memangkas pokok mengikut keperluan; dan
iii) Memastikan kebersihan dan kekemasan di kawasan penanaman pokok.
Terdahulu, aktiviti Sihat, Cergas dan Langsing turut diadakan sebagai aktiviti wajib setiap hari Jumaat.
Hadir sama menceriakan aktiviti itu ialah Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Chan Hong Jin.


