Forum Perdana Ehwal Islam

Sempena sambutan Bulan Antidadah Kebangsaan Tahun 2019,  Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menganjurkan program Forum Perdana Ehwal Islam pada 21 Februari 2019 (Khamis) bermula pada pukul 9.00 malam sehingga 11.00 malam.

Antara tujuan pelaksanaan forum ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta mendidik masyarakat untuk menjalani kehidupan yang diredhai berdasarkan perspektif Islam dan secara tidak langsung menjadi egen penyalur maklumat dan mempromosi perkhidmatan AADK kepada masyarakat. Bagi merealisasikan tujuan tersebut, pihak AADK telah  bekerjasama dengan Bahagian Penyiaran Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Radio Television Malaysia (RTM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Persatuan Penduduk memilih Dewan Masyarakat Seri Bonus sebagai lokasi forum. Tajuk yang dipilih pada sesi forum tersebut adalah โ€Komuniti Kita, Tanggungjawab Kitaโ€ bagi sesi siaran secara langsung manakala sesi kedua dijalankan secara rakaman yang bertajuk โ€Terang Dalam Kelamโ€.

Antara ahli panel mengupas tajuk tersebut ialah Datoโ€™ Dr. Hj. Mohd Izhar bin Mohd Kashim, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ustazah Noor Laila Aniza bt Zakaria, Pengarah Urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd, Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan, penceramah bebas dan Ustaz Mohd Hariri Bin Mohd Daud, Pegawai Hal Ehwal Islam sebagai moderator forum. Intipati bagi Forum tersebut adalah mengenai kepentingan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak serta menangani masalah penyalahgunaan dadah. Turut menekankan kepentingan kerjasama komuniti setempat dalam mencegah penularan najis dadah.

Forum ini telah  dihadiri oleh 1,500 orang penduduk setempat yang terdiri daripada penduduk Menara Cenderawasih, Kelompok Kenari A & B, Kelompok Serindit D, Kelompok Jerijit, PPR Wangsa Sari, penduduk Seksyen 1 dan Seksyen 10, Wangsa Maju, PPR Seri Semarak, PPR Kg. Baru Air Panas, PPR Desa Rejang dan PA Setapak Jaya. Forum ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datoโ€™ Seri Alwi Bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Accessibility Toolbar