Fahami, dalami hubung kait psikologi dalam aspek rasuah, integriti dan penagihan

Oleh: Siti Syakilah Muhd Khir

KAJANG, 15 September 2022 – Semua warga kerja Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) perlu mengambil peluang untuk mendalami hubung kait antara psikologi dalam aspek rasuah, integriti dan penagihan dadah yang dibincangkan dalam Simposium Psikologi, Anti Rasuah, Integriti dan Penagihan.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, perkara itu boleh diperoleh menerusi sesi plenari, forum, bengkel kemahiran dan pembentangan kajian ilmiah yang diadakan sepanjang simposium tersebut.

โ€œSimposium kali ini telah berjaya mengumpulkan pakar-pakar psikologi dari pelbagai sub-bidang, pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berpengalaman dan pegawai- pegawai AADK yang tidak kurang hebatnya dalam bidang rawatan, pencegahan dan penguatkuasaan penagihan dadah.โ€ kata beliau.

Tuan Sutekno Ahmad Belon memberikan ucaptama kepada para hadirin sewaktu Simposium Psikologi Anti Rasuah, Integriti dan Penagihan dijalankan – Gambar AADK / Rashdan Zakaria

โ€œSaya pasti bahawa kita akan sama-sama dapat melihat, mendalami serta berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan tentang hubungkait di antara ketiga-tiga tingkah laku rasuah, integriti dan penagihan dengan psikologi melalui sesi plenari, forum, bengkel kemahiran dan pembentangan kajian ilmiah yang akan diadakan sebentar lagi,โ€ beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Ketua Pengarah AADK dalam simposium anjuran Unit Integriti AADK, SPRM dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada hari Selasa di sini.

Dalam pada itu, Tuan Sutekno berkata, aspek psikologikal kini dilihat sebagai faktor penting dalam perilaku jenayah atau perlanggaran integriti dalam diri seseorang. Menurut beliau, banyak kajian ilmiah psikologi kriminal dan kriminologi telah membuktikan aspek psikologikal sebagai tunjang dalam perilaku seseorang termasuk perlakuan jenayah.

Tambah beliau lagi โ€œJusteru, simposium ini merupakan satu platform yang penting bagi mengupas psikologi anti rasuah, integriti dan penagihan.”

Tetamu jemputan program, Ketua Unit Integriti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Mohamed Tarmize bin Abdul Manaf dan Pakar Psikologi Industri dan Organisasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), PROF Dr Shukran Abdul Rahman sesii forum yang pertama – Gambar AADK / Rashdan Zakaria

โ€œPemahaman aspek psikologikal ini mampu menjadi pembuka mata kepada kita semua bagi mengiktiraf kepentingan psikologi seterusnya merangka modul intervensi dan metodologi pencegahan yang sesuai bagi membanteras gejala ini dalam kalangan Keluarga Malaysia,โ€ ujarnya.

Simposium tersebut telah berjaya mengumpulkan pakar-pakar psikologi dari pelbagai sub-bidang, pegawai-pegawai SPRM yang berpengalaman dan pegawai-pegawai AADK yang tidak kurang hebatnya dalam bidang rawatan, pencegahan dan penguatkuasaan penagihan dadah. 

Accessibility Toolbar