Wacana Pemantapan Antirasuah Dan Integriti. “Rasuah Dicela Maruah Terbela”

(Malay Version) 20 Jun 2019, KAJANG: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menganjurkan Wacana Pemantapan Antirasuah dan Integriti “Rasuah Dicela Maruah Terbela” yang diadakan di dewan Aksasia AADK. Program yang berlangsung selama satu hari ini telah dihadiri oleh seluruh warga kerja AADK setiap negeri, wakil-wakil setiap Jabatan dan Kementerian serta NGO yang berkaitan. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Che Kodir bin Baharom, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan AADK

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedehan yang lebih berfokus terhadap pemantapan antirasuah khususnya dalam kalangan warga kerja AADK yang terdedah kepada salahguna kuasa, rasuah, penyelewengan peruntukan dan pelbagai isu integriti. Selain daripada itu ianya memberi kesedaran terhadap tanggungjawab besar yang dipikul selaku insan yang membenci perlakuan memberi dan menerima rasuah serta memantapkan nilai antirasuah dan budaya intergriti kepada peserta untuk diaplikasikan dalam bidang kerja dan kehidupan masing-masing.

Program yang penuh dengan kesedaran ini dimulakan dengan slot ceramah yang disampaikan oleh Bro Firdaus Wong, Pengasas & Presiden Multiracial Reverted Muslim-MRM dengan tajuk Sucikan Rohani, Pasakan Integriti manakala slot kedua diisi oleh YBhg TPj Tuan Ruslan bin Tuan Mat, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM bertajuk Revolusikan Antirasuah: Mengapa dan Bagaimana?

Accessibility Toolbar