Pelancaran Hotline AADK Dan Penilaian Semula 178 Kawasan Berisiko Dibawah Program Perangi Dadah Habis-Habisan

(Malay Version) Pelancaran Hotline AADK adalah salah usaha dalam menyahut seruan Perdana Menteri yang mahukan Agensi mewujudkan perkhidmatan yang cemerlang dan cekap bagi kumpulan sasar masing-masing.

Hotline ini adalah sebagai satu medium awal Agensi bagi orang awam melaporkan setiap isu berkaitan penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing dan mendapatkan khidmat nasihat berkaitan rawatan dan pemulihan di fasiliti AADK. Ini sebagai satu usaha berterusan Agensi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kerana sehingga November 2018 sebanyak 8354 aduan berhubung penyalahgunaan dadah diterima.

Selain dari itu penilaian secara menyeluruh profiling 178 kawasan berisiko tinggi yang berada di dalam zon merah diseluruh Malaysia telah dilaksanakan dibawah program Perangi Dadah Habis-habisan. Semakan menyeluruh terhadap 178 kawasan berisiko tinggi menunjukkan hasil yang positif walaupun masih terdapat 87 kawasan yang masih merah, 86 kawasan telah bertukar menjadi kuning sementara 5 kawasan  telah bertukar menjadi kawasan hijau.

Berdasarkan statistik ini, AADK pada 2019 akan memberikan tumpuan utama dalam aspek pencegahan โ€œprevention is better than cureโ€. Penekanan terhadap pendidikan pencegahan iaitu memastikan komuniti, keluarga, sekolah dan institusi berisiko dapat dibantu dengan sokongan kerajaan, swasta dan komuniti sendiri.

Disamping itu komitmen dari semua pihak amat perlu bagi tindakan lebih agresif ke atas tokan dan street pushers bagi mengekang bekalan sampai kepada penagih baru dan berulang.  AADK sentiasa mempergiatkan usaha di dalam membenteras gejala penjualan dadah secara kecil-kecilan ini kerana  statistik murid positif dadah dikalangan pelajar sekolah menengah di kawasan berisiko tinggi dalam lingkungan umur 13 โ€“ 17 tahun sehingga oktober 2018 seramai 1709 pelajar telah dikesan positif dadah daripada  41,741 yang telah menjalani ujian saringan urine di seluruh Malaysia.

Accessibility Toolbar