Majlis Tamat Latihan CCVC Sepang 2019

(Malay Version) Satu Majlis Tamat Latihan Kemahiran Vokasional, Cure and Care Vocational Center (CCVC) Sepang telah diadakan bagi meraikan dan mengiktiraf pencapaian seramai 127 orang pelatih yang telah berjaya menamatkan sesi latihan vokasional dan pemulihan.

Mereka telah berjaya menamatkan kursus selama 6 bulan dalam 7 bidang: Pendawaian Elektrik Domestik, Jahitan Pakaian Lelaki, Kimpalan Arka Logam Berperisai, Juruteknik Automotif, Jurubina Bangunan, Penyediaan Pastry dan Atendan Landskap serta Pelatih-pelatih Maintenance.

Majlis tamat latihan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Alwi bin Hj Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir sama dalam majlis tersebut ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri, Wakil syarikat, NGO dan ibu bapa klien yang turut hadir sama bagi memeriahkan majlis.

Accessibility Toolbar