Kembara Perdana AADK 2019

(Malay Version) PAHANG, 10 Februari – Agensi Antidadah Kebangsaan telah menganjurkan program Kembara Antidadah 2019 yang julung kali diadakan pada tahun ini sempena Bulan Antidadah Kebangsan 2019.

Program yang melibatkan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada ahli kelab motorsikal berkuasa tinggi, artis tempatan, warga AADk serta orang pesendirian telah mengikuti jelajah ini yang bermula dari Ibu Pejabat AADK kemudian ke UniKL Gombak seterusnya Temerloh, Kuantan, Gambang dan Felda Keratong 3.

Objektif utama Kembara Perdana Antidadah ini adalah untuk mengumpul sumbangan bagi Tabung Amanah AADK. Hasil kutipan dana tersebut akan digunakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pencegahan, rawatan dan pemulihan penghuni-penghuni di pusat-pusat pemulihan dadah kerajaan dan masyarakat umum.

Sehubungan dengan itu, pelbagai program telah dirancang sepanjang kembara ini berlansung antaranya ialah Perasmian Papan Tanda PDH di Teluk Cempedak bersama SKUAD AADK Daerah Kuantan & minum petang bersama ahli SKUAD, Program Tautan Kasih Anak-Anak Tanggungjawab Kami yang turut melibatkan keluarga-keluarga klien Di CCRC Gamabang serta Pelancaran Program “Santai Janji Sampai” dengan kerjasama FELDA Wilayah Kuantan.

Dengan adanya program kembara seperti ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat berkaitan isu dan masalah penyalahgunaan dadah yang berlaku di dalam komuniti kita pada hari ini.

Accessibility Toolbar