Forum Perdana Hal Ehwal Islam Sempena Bulan Antidadah Kebangsaan 2020

(Malay Version) Petaling Jaya, 13 Februari – Agensi Antidadah Kebangsaan telah mengadakan Forum Perdana Ehwal Islam sempena Hari Antidadah Kebangsaan 2020. Program yang berlansung di perkarangan Masjid Islamiah, Kg. Lindungan, Petaling Jaya, Selangor ini telah dihadiri seramai 1300 orang pengunjung yang terdiri daripada komuniti dan penduduk setempat. Bertemakan “Syurga Kirim Salam” yang disiarkan secara langsung melalui RTM 1 telah menampilkan beberapa ahli panel iaitu Ustaz Dato’ Badlishah Bin Haji Alauddin, Ustaz Zolkarnain Abidin Al-Hafiz dan Ustaz Mohd Hariri bin Mohamad Daud sebagai Moderator.

Program yang dilaksanakan ini adalah untuk memberi pengetahuan serta maklumat kepada komuniti setempat berkaitan peranan mereka dalam membanteras penyalahgunaan dadah. Selain daripada itu mereka juga diberi kesedaran berkaitan pentingnya pencegahan awal terhadap penyalahgunaan dadah di dalam keluarga. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Dato’ Jamil Bin Rakon Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Pegawai Kanan Kementerian, warga AADK dan Jabatan-jabatan berkaitan.

Accessibility Toolbar