Anugerah Kepulihan AADK 2019

(Malay Version) Kajang, 3 Oktober 2019 – Majlis Anugerah Kepulihan AADK yang dirasmikan oleh YB. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri hari ini bertujuan untuk memberi sokongan dan mengiktiraf usaha dan kesungguhan klien untuk mengembalikan kefungsian diri dan mengekalkan kepulihan secara total dari masalah penagihan dadah.

AADK sebagai Agensi peneraju di dalam isu berkaitan dadah memberikan sokongan dan komitmen penuh dalam menyokong pengekalan kepulihan klien. Selain dari itu AADK turut memperkasakan jaringan sosial bersama Badan Bukan Kerajaan (Ngo’s) dalam mewujudkan ruang untuk penambahbaikan pelaksanaan program rawatan perubatan dan pemulihan.

Majlis sebegini juga dapat meningkatkan keyakinan klien yang terlibat dan menolak stigma masyarakat terhadap bekas penagih dadah. Penerima anugerah juga turut diangkat sebagai ‘role model’ kepada bekas penagih dadah yang lain di dalam mengharungi cabaran sepanjang proses kepulihan.

#komuniikitatanggungjawabkita
#KementerianDalamNegeri

Accessibility Toolbar