AADK Anjur Majlis Tilawah Al-Quran, Hafazan, Pertandingan Nasyid, Qasidah,Berzanji Dan Marhaban Agensi Antidadah Kebangsaan (MTQ AADK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2018M

(Malay Version) IBU PEJABAT AADK- 10 OKTOBER, Ibu Pejabat AADK telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran, Hafazan, Pertandingan Nasyid, Qasidah,Berzanji Dan Marhaban Agensi Antidadah Kebangsaan (MTQ AADK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2018. Program yang dianjurkan pada setiap tahun ini merupakan program tahunan AADK yang mana para peserta terdiri daripada wakil setiap zon. Peserta yang berjaya dalam saringan awal diperingkat zon akan bertanding di peringkat kebangsaan.

Matlamat umum  MTQ AADK 2018 ini adalah sebagai salah satu platform untuk menggalakkan pembelajaran berhubung ilmu berkaitan Al-Quran dan memberi peluang kepada mereka mengenali Al-Quran dengan lebih dekat lagi. Walaubagaimanapun objektif khusus telah digariskan iaitu meningkatkan penghayatan dan mutu bacaan klien dan peserta terhadap Al-Quran.

Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan dan klien bahawa pentingnya ilmu Al-Quran pada diri mereka sebagai seorang muslim. Sebagai seorang umat Islam, tidak patutlah seseorang itu mengabaikan kitab Al-Quran sebagai panduan dan cara hidup kita.

Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah AADK CP Dato’ Sri Zulkifli bin Abdullah manakala acara penutup program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan Dato’ Sri Nadzri bin Siron. Turut hadir sama bagi memeriahkan majlis tersebut Setiausaha Bahagian Kepenjaraan Antidadah dan Rela iaitu Dato’ Muhamad Sade bin Mohamad Amin.

Accessibility Toolbar