Generasi belia merupakan modal insan yang memainkan peranan utama pada kesejahteraan dan pembangunan negara.
Justeru, kesilapan memilih rakan sebaya bukan sahaja bolej mengakibatkan terjebak dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, bahkan merosakkan masa depan.
Istilah pengaruh rakan sebaya nampaknya cukup untuk menggambarkan bagaimana tingkah laku kumpulan remaja ‘mudah’ dibentuk oleh rakan-rakan sekeliling.
Pun begitu, tekanan dan pengaruh rakan sebaya dapat dicegah sekiranya remaja mempunyai kemahiran untuk menolak agar tidak terlibat dalam aktiviti berisiko terutamanya isu penyalahgunaan dadah.
Justeru, segmen Lebih Baik Cegah kali ini memaparkan video karya Muhamad Iqhwan Shafiq Mohd Shukri berjudul Pengaruh Rakan Sebaya. Peserta Pertandingan Video Pendek Antidadah 2021 itu berkongsi tip cara untuk mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan rakan sebaya yang negatif.
Sekiranya anda atau orang dikenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.