Remaja merupakan kelompok yang masih kabur mencari arah dalam meniti kehidupan sarat dengan pelbagai cabaran.
Peringkat usia tersebut disifatkan saat paling rapuh kerana mudah terdedah dengan pengaruh tidak sihat termasuk tekanan luaran yang boleh membawa pada perlakuan dan tingkah laku negatif.
Justeru itu, mereka perlu dibimbing dalam apa juga tindakan agar tidak terjebak dengan perkara tidak bermoral yang boleh meruntuh nilai dan jati diri.
Segmen Lebih Baik Cegah pada minggu ini memaparkan video Eksperimental Sosial diterbitkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) di bawah Geran Penyelidikan Ilmiah berjudul โPengaruh Rakan Sebayaโ yang meninjau reaksi orang awam khususnya remaja terhadap tawaran membeli dadah.
Sekiranya anda atau orang yang dikenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.
Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia