Unit Antarabangsa

Unit Antarabangsa bertanggungjawab dalam menyelaras hubungan antarabangsa melibatkan kerjasama dua hala dan pelbagai hala selain pelengkap kepada empat teras strategik utama lain iaitu pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan, penguatkuasaan dan pengurangan kemudaratan. Antara objektif utama kerjasama antarabangsa dalam bidang berkaitan dadah adalah seperti berikut:

  1. Membina dan mengekalkan hubungan antarabangsa dalam pembangunan strategi yang holistik, bersepadu dan seimbang bagi pengurangan permintaan dan pengurangan bekalan;
  2. Melibatkan negara secara aktif dalam mesyuarat-mesyuarat antarabangsa serta menyatakan pendirian negara dalam menentukan hala tuju polisi dadah antarabangsa;
  3. Berkongsi dan bertukar-tukar maklumat mengenai usaha-usaha terkini dan berkesan untuk mengurangkan penyalahgunaan dadah dalam negara berdasarkan amalan terbaik dan berasaskan pembuktian (evidence-based); dan
  4. Meningkatkan kompetensi kakitangan melalui seminar, latihan dan persidangan antarabangsa serta pertukaran kepakaran melalui program latihan intensif di luar negara.

Pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam menangani masalah dadah melalui kerjasama antarabangsa ialah:

  1. Penglibatan aktif dalam pelbagai mesyuarat antarabangsa seperti Mesyuarat ASEAN Senior Officials Meeting on Drug Matters (ASOD), ASEAN Ministers Meeting on Drug Issues (AMMD), dan Persidangan Commission on Narcotic Drugs (CND) bagi tujuan bertukar-tukar pandangan, menyuarakan pendirian Malaysia serta mengukuhkan hubungan kerjasama dalam kalangan anggota mesyuarat.
  2. Penyertaan dalam program latihan di peringkat serantau atau antarabangsa dan penghantaran pegawai bagi program penempatan kerja secara sementara (attachment) bagi tujuan perkongsian pengalaman dan amalan terbaik, dan memperoleh pengetahuan, kemahiran serta kepakaran baharu daripada peserta pelbagai negara. Input-input yang diperolehi disesuaikan pelaksanaannya di Malaysia.
  3. Pemeteraian perjanjian atau memorandum persefahaman dengan negara lain dalam hal yang khusus melibatkan kepentingan kedua-dua buah negara.
  4. Perkongsian maklumat berkenaan kajian-kajian dan amalan-amalan terbaik berasaskan pembuktian daripada pelbagai sumber dari seluruh dunia untuk diadaptasi dan dilaksanakan di Malaysia.
  5. Lawatan kerja ke organisasi-organisasi lain di luar negara bagi tujuan menjalinkan kerjasama serta mempelajari pengalaman mereka dalam menangani isu-isu dadah di negara masing-masing.


Senarai Kerjasama Antarabangsa


Hubungi Kami

Untuk Makluman Lanjut, sila hubungi Unit Antarabangsa

Accessibility Toolbar