
Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Mustafa ( AADK Kedah)
BANDAR BAHARU, 17 FEBRUARI : Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Program Omnipresence & Walking Message sekitar Daerah Bandar Baharu hari ini. Antara kawasan tumpuan adalah Sungai Kechil Ilir, Bangan Samak dan Selama. Antara pengisian program ini ialah perjumpaan dengan penduduk setempatuntuk menyampaikan hasrat kerajaan dalam usaha membanteras dadah. Mereka juga diberi maklumat dan infomasi tentang bahaya dan kesan-kesan penyalahgunaan dadah. Selain itu, masyarakat setempat turut menerima pamplet mengenai maklumat dadah. Respon yang diterima daripada penduduk setempat adalah amat positif. Kebanyakan penduduk memuji langkah proaktif AADK dalam usaha memerangi dadah dan berharap dapat diteruskan pada masa akan datang.