Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Kuala Muda )
GURUN, 05 JANUARI: Majikan perlu melaksana dan mengambil tindakan proaktif dengan mengadakan program pencegahan dadah dan memastikan semua Peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 difahami dan dipatuhi”. Pekerja-pekerja yang terlibat dengan dadah merupakan pekerja yang kurang berkeupayaan dan kurang produktif. Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) yang dijalankan di syarikat NAZA dimulakan dengan sesi perkongsian berkaitan dadah yang disampaikan oleh Encik Masiri Bin Abdul Rahman diikuti
dengan ujian saringan air kencing kepada 39 orang kakitangan Naza. Penyalahgunaan dadah adalah ancaman kepada keselamatan, kesihatan pekerjaan, majikan dan komuniti setempat serta boleh membantutkan pencapaian sesebuah organisasi atau syarikat.