- Kerajaan telah bersetuju menubuhkan Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) bagi menggantikan JKAD untuk mencegah dan mengawal masalah dadah di negara ini yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri sebagai Timbalan Pengerusi. Kerajaan juga telah menggabungkan Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah, KDN dan PPAD, JPM sebagai satu agensi tunggal yang dinamakan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK). Fungsi dan tanggungjawab ADK adalah untuk memberi khidmat urusetia kepada MDK dan menjadi salah satu agensi pelaksana membanteras dadah di samping dua puluh (20) agensi Kerajaan yang lain.
- Pada 11 Jun 1996, Dasar Dadah Negara diluluskan oleh Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) merangkumi aktviti-aktiviti Pendidikan, Pencegahan dan Publisiti; Penguatkuasaan Undang-undang; Rawatan dan Pemulihan; dan Kerjasama Antarabangsa.
Isnin, 01 Januari 1996
/
Published in