Bagi yang tidak mengetahui ciri-ciri seseorang terlibat penagihan dadah mereka akan menganggap penagih tersebut mengalami sakit sama ada sakit ental atau lebih teruk disantau. Sekiranya ini berlaku kita mungkin telah terlambat untuk membantu mereka yang berisiko untuk terlibat ataupun yang telahpun terjebak dalam masalah penagihan. Segmen Lebih Baik Cegah membawakan video animasi Aadik dan Kadir, karikatur oleh Ujang yang membawakan mesej santai berkaitan tanda-tanda seseorang terlibat dengan penagihan dadah.
Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.