Disediakan Oleh: CCSC ALOR GAJAH ALOR GAJAH,
MELAKA : Baru-baru ini CCSC Alor Gajah telah mengadakan program Khidmat Masyarakat melibatkan residen bertempat di Pantai Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka. Residen-residen melakukan aktiviti kebersihan di beberapa kawasan terpilih sekitar pantai. Program diadakan bertujuan untuk memupuk nilai positif antara residen serta melahirkan nilai dalam diri bagi menjaga kebersihan & kecantikan pantai.