Ketua Menteri mempengerusikan MTMD Bilangan 1/2021 Pulau Pinang

PULAU PINANG, 20 April – YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) peringkat Negeri Pulau Pinang Bilangan 1/2021 yang berlangsung di Bilik Gerakan Pejabat Ketua Menteri, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Georgetown, di sini pada Selasa.

Mesyuarat berkenaan bertujuan membincangkan isu-isu permasalahan penyalahgunaan dadah, substan dan pelencongan sosial serta tindakan-tindakan untuk menanganinya.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah YBrs Tuan Sutekno Ahmad Belon, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Puan Elmariah Chung, Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang dan beberapa wakil dari jabatan serta agensi kerajaan pusat atau negeri.

Selain mesyuarat tersebut, Ketua Pengarah turut mengadakan lawatan kerja selama dua hari di Pulau Mutiara bermula semalam bagi melihat dan meninjau operasi pejabat AADK negeri dan daerah di negeri ini.

Dalam sesi lawatan kerja itu, beliau turut hadir ke program Ramah Mesra bersama warga kerja AADK negeri dan kemudiannya melawat lima pejabat daerah iaitu AADK Daerah Timur Laut; AADK Daerah Seberang Perai Utara; AADK Daerah Seberang Perai Selatan dan AADK Daerah Seberang Perai Tengah, AADK Daerah Barat Daya dan AADK negeri..

Accessibility Toolbar