Disediakan Oleh: AADK KUALA PILAH KUALA PILAH,
NEGERI SEMBILAN : Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Swasta telah diadakan baru-baru ini dengan kerjasama SWM ENVIROMENT SDN. BHD KUALA PILAH. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah dan pameran. Program TEKAD memang dijalankan secara konsisten oleh AADK bagi memberi pengetahuan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada majikan dan pekerja. Di samping itu, ia adalah satu usaha bagi mencegah penyalahgunaan dadah di tempat kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat