Soalan Lazim : Cure & Care Rehabilitation Center (CCRC)
1. Apakah itu CCRC?
Cure & Care Rehabilition Centre ialah pusat pemulihan dadah kepada penagih dadah yang mendapat perintah mahkamah mengikuti rawatan dan pemulihan di dalam pusat pemulihan bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
2. Apakah fokus transformasi terhadap CCRC kini?
- Terdapat penyingkatan tempoh rawatan dan kepulihan klien bergantung kepada prestasi klien (8 – 12 bulan).
- Program pemulihan memenuhi keperluan kepulihan.
- Perubahan imej baru klien dari segi pakaian dan penampilan.
- Pendekatan program yang seronok, efektif dan mudah dilaksanakan.