CARA ELAK DIRI BERISIKO TERLIBAT DENGAN DADAH | ASK MR. AADK | Edisi 14 November 2022

Statistik yang dikeluarkan AADK pada tahun 2020 merekodkan seramai 14,850 orang belia berumur 19 hingga 39 tahun telah dikesan terlibat dalam penagihan dadah. Walaupun tidak semua remaja yang mencuba dadah akan menyalahgunakan dadah-dadah yang lain ataupun menjadi ketagih, namun ia tetap menjadi satu kebimbangan yang besar. Ini kerana, lebih awal mereka terdedah kepada dadah, besar kemungkinan mereka akan mempunyai penglibatan yang lebih besar dengan dadah. Penyalahgunaan dadah sangat mempengaruhi perkembangan otak belia dan ia juga boleh menjejaskan kesihatan mereka di masa hadapan serta menimbulkan masalah psikologi dan sosial.

Segmen Ask Mr. AADK kali ini bersama Pn. Azlina binti Arifin, Penolong Pegawai Antidadah, AADK Daerah Dang Wangi yang menjawab soalan salah seorang peserta program SMART tentang cara untuk mengelak diri daripada terlibat dengan penagihan dadah.

Jom kita sama-sama mengambil langkah awal sekiranya anda atau orang yang anda kenali menunjukkan perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar