CANTING BATIK TERAPI KEPULIHAN KLIEN I Edisi 1 April 2022

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Ruan mengambil inisiatif melaksanakan aktiviti mencanting batik sebagai modul kerjaya, sekali gus terapi kepada proses kepulihan klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Aktiviti tersebut disifatkan medium terbaik membantu klien menjana pendapatan selepas menamatkan tempoh rawatan dan kepulihan di PUSPEN kelak.

Secara tidak langsung, usaha itu juga dapat menghindari kumpulan klien kembali terjebak dalam kancah penagihan dadah.

Ikuti perkongsian lanjut proses mencanting batik yang giat dilaksanakan di PUSPEN Sungai Ruan, Pahang menerusi segmen Khabar Dari PTj pada minggu ini.

Accessibility Toolbar