BIMBANG UNTUK BENARKAN ANAK-ANAK SERTAI KEM ANJURAN AADK? | Edisi 4 Julai 2022

Ramai ibu bapa yang bimbang apabila nama anak mereka tersenarai untuk terlibat dalam kem anjuran AADK. Untuk makluman ibu ayah, kem anjuran AADK ini bertujuan memberi kesedaran tentang bahaya dadah serta mencegah para pelajar daripada berisiko untuk terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah. Pelbagai pengisian berbentuk interaktif dan informatif akan diikuti oleh anak-anak anda seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), sukan dan riadah, aktiviti kerohanian serta aktiviti berkumpulan.

Segmen Ask Mr. AADK kali ini bersama En. Mohd Zaki bin Ablah, Penolong Pengarah Pencegahan AADK Negeri Pulau Pinang bagi menjawab soalan daripada ibu bapa yang diajukan semasa program Family On Alert baru-baru ini. Ibu Ayah jangan risauโ€ฆjom pastikan anak anda hadir program kem anjuran AADK sebagai langkah awal mengelakkan anak berisiko terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Jom kita sama-sama mengambil langkah awal sekiranya anda atau orang yang anda kenali menunjukkan perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar