Oleh: Rashdan Zakaria
KUALA TERENGGANU, 22 Mei 2023 – Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Terengganu memberi pertimbangan terhadap pembentangan untuk Program Generasi Terampil Dalam Kalangan Belia Negeri Terengganu oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS).

Yang Berhormat Mohd Nor Hamzah (Tengah) berinteraksi bersama (Pengurusan) AADK, Puan Chan Hong Jin (kanan) semasa Program Generasi Terampil Dalam Kalangan Belia Negeri Terengganu. Gambar AADK / Rashdan Zakaria
Ia sebagai usaha menangani isu berkaitan pelencongan sosial dan penyalahgunaan dadah di negeri berkenaan.
Mesyuarat bilangan 1 tahun 2023 itu dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Mohd Nor Hamzah itu berlangsung di Wisma Darul Iman.
Mesyuarat turut mendengar pembentangan dua kertas makluman daripada AADK iaitu berkaitan Strategi Lima Tahun Terengganu Unggul Sejahtera Tanpa Elemen Dadah (TRUSTED).
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Mulia Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil; Ketua Polis Terengganu, DCP Datuk Mazli Mazlan dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Chan Hong Jin.