
Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Kedah )
BEDONG : Taman Bandar Baharu, Sungai Lalang merupakan satu kawasan baru yang diletakkan di dalam fokus sebagai kawasan Perangi Dadah Habis Habisan ( PDH ). Kawasan ini dipilih kerana merupakan kawasan segitiga yang berisiko dengan masalah dadah. Orang Kena Pengawasan ( OKP ) adalah seramai 30 orang yang diletakkan di bawah pengawasan AADK Daerah Kuala Muda di kawasan tersebut. Dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh pihak AADK Daerah Kuala Muda bersama Jabatan Siasatan Jenayah Nakotik IPD Kuala Muda pada 5 Februari 2018 berjaya menahan 49 positif dadah jenis opiat dan 3 individu lain kerana memiliki dadah serta kes jenayah yang lain. Dalam operasi ini, sejumlah dadah iaitu 1 beg kecil dan didalamnya terdapat 25 paket lutsinar berisi ketulan disyaki dadah jenis morfin (ab25.00g), 1 keratan straw berisi ketulan disyaki dadah jenis morfin (ab0.18g) dan 1 paket lutsinar berisi ketulan disyaki dadah jenis morfin (ab0.20g) dan 1 paket lutsinar berisi ketulan disyaki dadah jenis syabu (ab0.48g) serta 2 paket lutsinar berisi tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja (ab1.48g).