BAIK BURUK TEKNOLOGI | Edisi 31 Mac 2022

Kita tidak boleh mengelak untuk dipengaruhi teknologi, namun digalakkan penggunaan secara sederhana atau bila perlu sahaja kerana ‘apa sahaja dalam kesederhanaan, tidak boleh mem­bunuh kita’, tetapi membuatkan kita terus bergerak ke hadapan dengan bantuan tek­no­logi.

Jom dengar perkongsian Imam Muda Hassan dalam Segmen Lebih Baik Cegah yang berkongsi tips cara memanfaatkan penggunaan teknologi atau gajet terutama oleh anak-anak remaja. Penggunaan gajet akan memberi faedah sekiranya ibu bapa memberi bimbingan dan membuat peraturan terhadap penggunaannya bagi memastikan anak-anak terkawal dan tidak terpengaruh dengan perbuatan-perbuatan negatif hasil penggunaan gajet.

Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar