UNIT INTEGRITI

Unit Integriti AADK telah ditubuhkan pada 13 Januari 2014, selaras dengan Arahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013( Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam). Penubuhan Unit Integriti agensi merupakan suatu pendekatan blue ocean strategy yang menggabungkan pegawai SPRM dengan pegawai Agensi dalam menguruskan integriti secara lebih fokus, terancang, menepati keperluan dan kesesuaian agensi.

Fungsi

  • TADBIR URUS
    Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan ;
  • PENGUKUHAN INTEGRITI
    Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi ;
  • PENGESANAN DAN PENGESAHAN
    Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; danMelaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
  • PENGURUSAN ADUAN
    Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi ;
  • PEMATUHAN
    Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
  • TATATERTIB
    Melaksanakan fungsi keurusetiaan Lembaga Tatatertib.

Carta Organisasi

Hubungi Kami

Untuk Makluman Lanjut, sila hubungi :

Mohd Nor Bin Ali
Unit Integriti
Ibu Pejabat, Agensi Antidadah Kebangsaan,
Jalan Maktab Perguruan Islam,
43000, Kajang Selangor

No Tel:03-89112220
No Fax:03-89261836
Emel:mohd.nor@adk.gov.my

 

 

 

 

 

 

ATAS