UNIT ANTARABANGSA
Cawangan Antarabangsa diletakkan secara langsung di bawah Pejabat Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan bertanggungjawab dalam menyelaras semua isu berkaitan hal ehwal antarabangsa AADK terutama dalam memastikan komitmen kerajaan di peringkat antarabangsa merangkumi kerjasama dua hala dan pelbagai hala dilaksanakan.
Fungsi
1. Polisi Dadah Antarabangsa
- Memantau dan menganalisa perkembangan isu dadah di peringkat serantau dan antarabangsa.
- Memberi nasihat berkaitan polisi dadah antarabangsa dan komitmen negara di peringkat antarabangsa
- Menyelaras pendirian yang koheren dalam isu dadah antarabangsa bersama-sama agensi-agensi kerajaan yang lain.
- Mempertahan dan memelihara kepentingan negara serta mengesyorkan pendirian negara berkaitan isu dadah antarabangsa.
2. Hubungan Dua Hala dan Pelbagai Hala
- Menjadi sekretariat perhubungan Malaysia dalam isu dadah di peringkat serantau dan antarabangsa
- Menyelaras perhubungan dua hala di antara AADK dengan Kementerian Luar Negeri, pejabat-pejabat perwakilan Malaysia di luar negara dan pejabat-pejabat perwakilan asing di Malaysia.
- Mengurus dan menyelaras penyertaan pegawai dan delegasi Malaysia ke mesyuarat, seminar, bengkel, lawatan rasmi dan program latihan berkaitan dadah di peringkat serantau dan antarabangsa.
- Menyelaras persediaan negara bagi menyertai mesyuarat-mesyuarat berkaitan dadah di peringkat serantau seperti Mesyuarat ASEAN Senior Officials on Drug Matter (ASOD), ASEAN Ministerial Meeting on Drug Matters (AMMD) dan Mesyuarat Kumpulan Kerja ASOD; dan di peringkat antarabangsa seperti mesyuarat-mesyuarat Commission on Narcotic Drugs (CND), International Narcotics Control Board (INCB), dan United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC).
- Menyelaras jalinan kerjasama dengan negara-negara lain dan organisasi-organisasi antarabangsa dalam bidang dadah merangkumi mesyuarat, latihan bersama, pertukaran pegawai, menandatangani memorandum persefahaman, pertukaran maklumat dan amalan terbaik.
- Menyelaras bersama bahagian-bahagian lain penerimaan lawatan delegasi luar negara ke pejabat dan fasiliti AADK
- Menyelaras bersama bahagian-bahagian lain pelaksanaan program-program antarabangsa yang dianjurkan oleh AADK
- Menyediakan nota ikhtisar, nota percakapan dan maklumat lain berkaitan isu dadah bagi penyertaan delegasi Malaysia ke mesyuarat, lawatan dan program rasmi di luar negara.
Senarai Kerjasama Antarabangsa
- Central Narcotics Bureau (Singapore)
- Office of the Narcotics Control Board (ONCB) Thailand
- Badan Narkotika Nasional Republik Indonesia
- Biro Kawalan Narkotik (Brunei)
- Dangerous Drugs Board (Philippine)
- United Nations Office on Drug and Crime
- ASEAN Training Center for Preventive Drug Education (ATCPDE)
- National Institute on Drug Abuse (NIDA)
- International Society of Substance Use Professionals
- Global Centre for Credentialing and Certification
- The Colombo Plan
- International Narcotics Control Board
- European Monitoring Centre for Drugs and Drug Addiction
- ASEAN Inter-Parliamentary Assembly
Hubungi Kami
Untuk Makluman Lanjut, sila hubungi Unit Antarabangsa