PUSAT LATIHAN AADK (PLAK)

Pusat Latihan AADK (PLAK) Sungai Petani, Kedah merupakan satu-satunya pusat latihan untuk pegawai/kakitangan AADK. Pusat Latihan ini terletak di utara Semanjung Malaysia dan bersebelahan dengan Intan Wilayah Utara (INTURA). PLAK mempunyai keluasan 20 ekar, terdiri daripada Blok Pentadbiran, Rumah Tamu, 5 Blok Kediaman, Dewan Kuliah, Makmal Komputer, Kafeteria dan Surau.

Bangunan kediaman PLAK ini boleh menampung seramai 180 orang peserta kursus dalam satu-satu masa. Pusat Latihan AADK mempunyai 51 orang pegawai dan kakitangan dan diterajui oleh seorang Pengarah.

PLAK bertanggungjawab menyediakan latihan yang komprehensif kepada pegawai/kakitangan AADK terutamanya dalam bidang ‘core business' (Rawatan & Pemulihan, Pencegahan, Pengesanan & Pengawasan). PLAK turut menganjurkan kursus-kursus pengurusan umum termasuk teknologi maklumat yang diperlukan oleh setiap pegawai/kakitangan AADK.

Fungsi

  • Menyelaras keperluan peningkatan modal insan yang diperlukan oleh setiap bahagian dalam AADK.
  • Menyediakan kursus dan latihan yang diperlukan oleh Bahagian dan Cawangan di Ibu Pejabat AADK.
  • Menyediakan khidmat keurusetiaan untuk kursus dan latihan yang dikendalikan oleh AADK di Pusat Latihan.
  • Menyelaras takwim latihan dan kursus yang diperlukan oleh setiap bahagian di AADK.

Hubungi Kami

Roswati Bt Apin @ Nadhirah Md Ariffin
Pusat Latihan AADK Sg.Petani
KM 6, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah

No Tel:04-420 7881
No Fax:04-420 7882 / 04-420 7890
Emel:pengarah_plak@adk.gov.my

ATAS