Bahagian Rawatan, Perubatan & Pemulihan

Pemulihan daripada penagihan dadah adalah satu usaha sepanjang hayat. Penagihan dadah adalah penyakit kronik yang mudah berulang (relapse) dan berpanjangan (long lasting). Ini bermakna, penagihan dadah ini kekal dengan individu yang menyalahgunakannya pada masa yang panjang, kadang-kadang terdapat individu yang bergantung dengan dadah untuk hidup. Namun, individu yang terlibat dalam penagihan dadah ini boleh mendapatkan rawatan dan mampu berhenti menggunakan dadah.

Penagihan dadah menjadikan individu sukar untuk berfungsi dalam kehidupan seharian. Ia memberi kesan kepada bagaimana individu bertindak dengan keluarganya, di tempat kerja dan dalam masyarakat. Ia adalah suatu yang sukar dan mencabar untuk mengubah banyak perkara pada satu masa dan tidak jatuh kembali ke tabiat lama.

Menyedari cabaran tersebut, AADK melalui Bahagian Rawatan Perubatan dan Pemulihan (BRPP) telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan pelbagai pendekatan dalam program rawatan dan pemulihan dadah seiring dengan dasar AADK dengan menyediakan rawatan dan pemulihan yang holistik, menerima penagih dadah sebagai pesakit dan mengembalikan penagih dadah sebagai individu yang berfungsi untuk diri, keluarga dan masyarakat.

AADK telah menyediakan rawatan dan pemulihan yang komprehensif melalui pendekatan pemulihan dalam institusi dan pemulihan dalam komuniti. Penekanan telah diberikan kepada pelaksanaan program psikososial, rawatan perubatan dan latihan kemahiran dan kerjaya serta meluaskan pendekatan kerohanian dan keagamaan. Bersesuaian dengan tagline “We Care, We Serve” adalah komitmen warga AADK bagi menyampaikan perkhidmatan kami secara profesional.

AADK sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan rawatan dan pemulihan yang meliputi keperluan fizikal, mental, sosial dan spiritual supaya individu yang terperangkap dalam penagihan dadah ini  boleh mendapatkan semula kehidupan mereka kembali dan hidup bebas dadah.  Peluasan perkhidmatan AADK telah dilakukan dalam usaha untuk menyediakan rawatan dan pemulihan selama mereka memerlukannya.

 Visi

Mengembalikan Penagih Dadah Sebagai Individu Yang Berfungsi

Misi

Memberi khidmat rawatan dan pemulihan secara menyeluruh (holistik)

Moto

Kepulihan Anda Keprihatinan Kami

Fungsi

  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan program pemulihan dalam institusi dan komuniti.
  • Memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan program pemulihan dalam institusi dan komuniti.
  • Melaksanakan penambahbaikan ke atas program dan aktiviti pemulihan yang dilaksanakan untuk memastikan pencapaian objektif yang ditetapkan oleh dasar agensi.

Objektif

  • Merawat Dan Memulihkan individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
  • Mengekalkan kepulihan individu.
  • Membantu seseorang individu kembali kepada gaya hidup sihat tanpa dadah.
  • Memperbaiki status kesihatan dan mengurangkan risiko kesihatan akibat tingkahlaku penagihan.Memperbaiki status sosial dan integrasi individu untuk berfungsi secara produktif dalam keluarga, tempat kerja dan masyarakat.

Strategi

  • Memberi khidmat rawatan dan pemulihan dalam institusi dan komuniti.
  • Menerima penagih sebagai pesakit.
  • Mewujudkan jaringan kerjasama dengan rakan strategic dan rakan pintar.

Carta Organisasi

 

Hubungi Kami

Untuk Makluman Lanjut, sila hubungi :

Pengarah
Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan (BRPP)
Ibu Pejabat, Agensi Antidadah Kebangsaan,
Jalan Maktab Perguruan Islam,
43000, Kajang Selangor

No Tel : 03-891122240
No Fax : 03-89261832
Emel  : addenan@adk.gov.my

 

 

ATAS