BAHAGIAN DASAR PERANCANGAN & PENYELIDIKAN
Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan merupakan nadi kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam merancang, menggubal, menyelaras, memantau aktiviti utama AADK.
Peranan utama bahagian ini adalah melaksanakan pemantapan dasar-dasar berkaitan dadah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan, memperkasakan penyediaan maklumat mengenai dadah dan mempertingkatkan penyelidikan.
Fungsi
-
Melaksanakan pemantapan dasar-dasar berkaitan dadah, memperkasakan penyediaan maklumat mengenai dadah dan mempertingkatkan penyelidikan berkaitan dadah.
-
Pemantauan pelaksanaan dasar mengenai program antidadah yang dilaksanakan.
-
Menganalisa serta menyediakan statistik penagih dan dadah yang diperlukan oleh stakeholders, dalaman dan luaran Khidmat Keurusetiaan Parlimen dan mesyuarat-mesyuarat utama berkaitan teras perkhidmatan AADK.
-
Penyelarasan Pelaksanaan Perancangan Strategik AADK.
-
Penerbitan Buku Maklumat Dadah, Buku Laporan Tahunan dan lain-lain penerbitan.
-
Penganugerahan dan penyelarasan Geran Penyelidikan Ilmiah AADK.
Hubungi Kami
Untuk Makluman Lanjut, sila hubungi Bahagian Dasar, Perancangan Dan Penyelidikan