Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan

Agensi Antidadah Kebangsaan menguatkuasakan, menjalankan fungsi seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 6 Akta AADK 2004 kecuali Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988.

Di dalam penguatkuasaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, penekanan telah diberikan kepada  seksyen-seksyen seperti berikut:


Fungsi

  • Melaksanakan Operasi Mengesan Dan Menangkap Orang Yang Disyaki (OYDS) Penagih Dadah
  • Pengurusan Orang Kena Pengawasan (OKP)
  • Pengendalian aduan berkaitan dengan permasalahan dadah
  • Pembukaan kertas siasatan ke atas OKP yang telah melanggar syarat-syarat pengawasan
  • Pendakwaan ke atas kertas siasatan yang telah mendapat arahan tuduh daripada Timbalan Pendakwa Raya
  • Pemantapan Pematuhan Pengurusan Keselamatan dan Institusi Pemulihan Dadah


Visi

Memperkasa Penguatkuasaan Ke Arah Negara Bebas Dadah


Misi

Penguatkuasaan Undang-Undang Dadah Secara Berkesan


Objektif

  • Mengesan penagih dadah yang enggan menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela;
  • Mengesan Orang Kena Pengawasan (OKP) yang tidak mematuhi syarat pengawasan di bawah Seksyen 6(2) (a)-(f) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan)1983;
  • Mengambil tindakan ke atas aduan awam yang berkaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah;
  • Mengurus, menyelia dan melaksanakan program Orang Kena Pengawasan (OKP).
  • Meningkatkan tahap keselamatan di institusi dan komuniti

 
Hubungi Kami

Untuk Makluman Lanjut, sila hubungi Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan

Accessibility Toolbar