BAGAIMANA SAYA BOLEH MELAKSANAKAN PROGRAM PENCEGAHAN DALAM KOMUNITI? l Edisi 18 Julai 2022

AADK sentiasa komited dalam memastikan komuniti sentiasa bersama-sama untuk memastikan ahli komuniti yang lain selamat dan sejahtera daripada isu pelencongan sosial dan penyalahgunaan dadah. Keprihatinan sesetengah ahli komuniti untuk turur serta sama ada sebagai peserta ataupun sebagai penganjur bersama program pencegahan dadah amatlah dialu-alukan bagi merealisasikan matlamat dadah terkawal tahun 2025.

Segmen Ask Mr. AADK kali ini bersama En. Azli bin Ubin, Pengarah AADK Negeri Johor bagi menjawab soalan daripada komuniti yang sangat prihatin untuk melaksanakan program pencegahan bagi memastikan anak-anak dalam komunitinya tidak berisiko dengan penyalahgunaan dadah.

Jom kita sama-sama mengambil langkah awal sekiranya anda atau orang yang anda kenali menunjukkan perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar