
Disediakan oleh : Zaffeera binti Md Zahidan (AADK Daerah Alor Gajah)
25 April, Padang Kemunting: Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Alor Gajah bersama-sama dengan JKKK, SWM, MPAG, PDRM dan JKR telah melakukan pembersihan di kawasan tanah lapang berhampiran pantai.Hasil risikan dan maklumat dari penduduk sekitar mengatakan tempat itu sering menjadi persinggahan penagih dadah pelbagai peringkat usia. Lokasi ini juga disyaki turut menjadi tempat aktiviti penagihan dadah,alkohol,maksiat dan lain-lain lagi aktiviti tidak sihat.
Sehubungan itu, tindakan AADK membuat pembersihan di kawasan itu mendapat respon positif dari penduduk setempat yang sememangnya maklum tentang kegiatan tidak bermoral di situ.
Kerja pembersihan kali ini juga mendapat sokongan penuh daripada YB ADUN Tanjung Bidara, YB Datuk Hj. Md. Rawi Bin Mahmud yang turut turun padang melihat sendiri port penagihan ini. Beliau berharap AADK dapat terus memantau persekitaran kawan ini agar kejadian sama tidak berulang di masa hadapan.