AWASI PERLATAN DADAH MUNGKIN BERADA DI RUMAH ANDA | Ask Mr Aadk 7 Mac 2022

Penting untuk ibu bapa mempunyai ilmu berkenaan dadah supaya apabila melihat anak mulai berubah sikap, mereka boleh mencegah terlebih dahulu daripada melarat. Jika ibu bapa mempunyai ilmu dan kemahiran untuk mencegah, apabila melihat tingkah laku anak berubah daripada kebiasaan, mereka sudah tahu apa tindakan yang perlu diambil.

Ini kerana sebelum seseorang individu menjadi penagih dadah, ada banyak petanda dan jika ibu bapa tahu petanda itu, mereka boleh mencegah anak mereka daripada terus terjerat dan hanyut dengan dadah. Segmen Ask MrAADK membawakan pasukan pegawai dari AADK Negeri Selangor bagi menjawab persoalan yang sering ditanyakan di dalam program Pendidikan Pencegahan yang dihadiri oleh ibu bapa iaitu; Bagaimanakah hendak mengenalpasti perlatan-perlatan yang sering digunakan untuk menyalahgunakan dadah?

Buat ibu bapa sekiranya anda terjumpa peralatan-peralatan yang diterangkan ini, jangan percaya bulat-bulat jika anak maklum ia adalah peralatan projek sains sekolah, sila siasat anak anda. Sikap curiga kita mungkin dapat menyelamatkan masa depan anak kita.

Jom kita sama-sama mengambil langkah awal sekiranya anda atau orang yang anda kenali menunjukkan perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.SHOW LESS

#DadahTerkawal2025
#TakPerluStimGuys
#LebihBaikCegah
#KeluargaMalaysia
#KDN_TogetherWeAreOne
#AADKTV
#AskMrAadk

Accessibility Toolbar